KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu, Julai lepas.
Mohamad Hilmi, 50, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Hilmi didakwa meminta suapan wang tunai berjumlah RM250,000 daripada Pengarah Syarikat Kumpulan Perlombongan REE Sdn Bhd, Liana Mamat @ Khalid, 40, melalui Syed Muhammad Syid Aluvi, 34.
Ia sebagai dorongan bagi tertuduh, yang ketika itu Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membantu syarikat berkenaan untuk mendapat kelulusan permohonan Lesen Perlombongan dan Lesen Penjelajahan REE di sekitar Kedah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Sunway Kiara Hills, Taman Sri Hartamas, di sini, pada 4 Julai lepas.
Dia turut didakwa menerima suapan wang tunai berjumlah RM150,000 daripada individu sama (Liana) bagi tujuan sama di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas di sini, pada 11 Julai lalu.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Suzana membenarkan tertuduh diikat jamin RM45,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Kedah sebulan sekali sehingga kes selesai.
"Tertuduh juga tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai. Tarikh sebutan ditetapkan pada 12 Jan depan," katanya.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon jaminan antara RM30,000 hingga RM60,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
"Syarat tambahan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melaporkan diri di pejabat SPRM Kedah setiap bulan kerana alamat tertuduh di Kuala Ketil. Tertuduh juga tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga kes selesai," katanya.
Peguam Syed Naqiuddin Shahab yang mewakili Mohamad Hilmi memohon jaminan RM20,000 kerana anak guamnya perlu menanggung lima anak yang masih bersekolah, ibu dan bapa mentua serta ibu kepada tertuduh yang uzur.
"Anak guam tidak bekerja dan sudah ditamatkan kontrak (sebagai Setiausaha Politik Muhammad Sanusi) selepas Pilihan Raya Negeri Kedah sebelum ini.
"Semua syarat tambahan boleh dituruti dan ia dapat mengurangkan jumlah jaminan bagi kedua-dua kes. Anak guam juga memberi kerjasama sepenuhnya kepada pegawai penyiasat sejak disiasat pada Julai lalu," kata peguam itu. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Bekas Setiausaha Politik MB Kedah, Mohamad Hilmi Abdul Wahab dihadapkan ke mahkamah atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan berkaitan projek perlombongan unsur Nadir Bumi (REE) di sekitar negeri itu.
AWANI Ringkas: Selepas tiga hari SAR, mayat pemancing hilang ditemukan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Akaun 3: Keputusan KWSP beri pilihan kepada pencarum wajar - Pakar kewangan
Keputusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk memberi pilihan kepada pencarum tidak memindahkan caruman mereka ke dalam Akaun 3 (Akaun Fleksibel) adalah satu langkah yang wajar.
Anggota tentera meninggal dunia selepas acara larian
Allahyarham Staf Sarjan Mohd Irfan Faizal Ismail, 41, meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital kira-kira jam 10.25 malam.
Blockout 2024: 'Semua pihak jangan ambil tindakan ekstrem' - Menteri agama
Semua pihak diseru supaya tidak mengambil tindakan ekstrem termasuk memfitnah, mencaci dan mengugut dalam menunjukkan tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Kolaborasi negara pesat membangun perlu diperkukuh, sokong ekonomi - Anwar
Kolaborasi antara negara sedang pesat membangun perlu diperkukuh agar dapat menyokong pertumbuhan ekonomi masing-masing dalam kalangan negara yang terlibat, kata Anwar.
Projek naik taraf Jalan Persekutuan FT3210 Hulu Langat manfaat 52,000 pengguna
Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT3210 dari Jalan Dato Alias ke persimpangan Batu 9, Hulu Langat yang dijangka siap pertengahan 2026.
EPL: VAR singkirkan keseronokan dalam bola sepak - Wayne Rooney
Wayne Rooney, berharap agar Liga Perdana Inggeris (EPL) tidak lagi menggunakan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam saingan liga musim depan.
Pemancing hilang di Empangan Tasik Pedu ditemui lemas
Mayat pemancing yang dipercayai lemas di Empangan Tasik Pedu, dekat Kuala Nerang pada Khamis lepas ditemui hari ini.
Harimau Malaya bakal uji kekuatan Indonesia?
Harimau Malaya dijangkakan akan menguji kekuatan Indonesia dalam satu perlawanan persahabatan sebelum bermulanya saingan Piala ASEAN 2024 nanti.
Taman Eko Rimba KL berpotensi jadi tarikan pelancong - Nik Nazmi
Taman Eko Rimba Kuala Lumpur (TERKL) di Bukit Nenas berpotensi untuk dibangun dan dipromosikan sebagai satu lagi tarikan di ibu kota, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.
Rasuah: Bekas setiausaha politik bekas menteri didakwa esok
Bekas setiausaha politik kepada bekas menteri bakal didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok, berhubung kes rasuah melibatkan kira-kira RM5 juta berkaitan tender projek di sebuah kementerian.